Worlds Most Expensive Harley Davidson 1

Adakah Ini Motosikal Harley-Davidson Paling Mahal Dunia?

  • Pakar Harley-Davidson, Bündnerbike, dengan kerjasama pembuat jam Switzerland, Carl F. Bucherer, telah mencipta sebuah motosikal Harley yang barangkali merupakan motosikal Harley paling mahal di dunia.
  • Harley-Davidson Softail Slim S Blue Edition itu didatangkan dengan lebih daripada 360 biji berlian, jam buatan khas, dan barang kemas.
  • Bagi mereka yang berminat dengan motosikal Blue Edition ini, ianya boleh menjadi milik anda pada harga £1.4 juta (kira-kira RM7.42 juta).


Kami bernasib baik pernah menyaksikan dengan anak mata sendiri, dan juga lebih bertuah dapat menunggang di antara motosikal paling mahal dalam dunia. Paling mahal yang pernah kami berpeluang melabuhkan punggung di atasnya adalah jentera Honda RC213V-S yang berharga RM1 juta, namun, dengan sekilas pandang pada motosikal Harley-Davidson buatan khas ini, kami telah terpana.

Ia terhasil dengan kerjasama antara pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu dan pembuat jam Switzerland, Carl F. Bucherer. Bersama dengan pakar motosikal Harley-Davidson, Bündnerbike, jentera biru yang ‘jahat’ ini diasaskan dengan model Harley-Davidson Softail Slim S.

Hasil ciptaan mereka ini telah diberi nama ‘Blue Edition’, dan dengan lebih 2.,500 jam yang diluangkan bagi membina motosikal buatan khas ini, ianya tampil dengan rupa yang cukup mengagumkan. Ditatah dengan pelbagai permata, ianya cukup memukau.

Untuk menjadikannya lebih mewah lagi, lebih daripada 360 biji berlian telah ditatah pada bahagian fork, palang pemegang, dan yang lain-lain. Spesifikasi lain termasuklah injap pendikit dan skru bersadur emas dan dua peti keselamatan yang diterapkan dalam tangki bahanapi yang merumahkan jam buatan khas Carl F. Bucherer istimewa dan cincin berlian dari Bucherer Fine Jewellery.

Harganya? £1.4 juta (sekitar RM7.42 juta). Ianya sememangnya untuk bagi mereka yang mahu kelihatan mewah bergaya di atas dua roda.

Oleh: Zarul Faiz, Penulis, Motomalaya.net